CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 20, 2009

HoLiDaY dE gEnTiNg


Pada 13 Mei 2009,aku bersama rakan-rakanku seramai 10 org telah bercuti di Genting Highlands.Kami bertolak dari KL Sentral jam 9 pagi dan tiba di Awana Skyways pada jam 10 pagi.Kami telah telah menaiki Awana Skyways yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu 3.4 km untuk sampai ke puncak Genting Highlands.Sepanjang berada di sana,kami telah mencuba pelbagai permainan yang terdapat di Taman Tema Genting Dalam dan Luar.Kami mendapat pelbagai pengalaman baru sepanjang berada di sana dan percutian kami ini sangat menyeronokkan.Walaupun letih dan kesejukan sepanjang berada di sana,ia tidak menjadi penghalang kepada kami untuk mencuba segala permainan yang ada.Pada sebelah petang,kami agak kecewa kerana Taman Tema Luar Genting telah ditutup kerana cuaca yang tidak mengizinkan.Namun kami telah menggunakan masa yang ada untuk mencuba permainan di Taman Tema Dalam Genting.Kira-kira jam 7 malam,kami telah menaiki Awana Skyways untuk ke Stesen Bas Awana.Pada jam 8.30 malam,kami telah menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur dan tiba di KL Sentral pada jam 9.30 malam.Percutian ini amat menyeronokkan dan pada masa akan datang kami akan merancang percutian ke temapat menarik yang lain pulak.

0 comments: