CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 2, 2009

Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh





Wednesday, May 20, 2009

Renungkanlah.............

UNTUK RENUNGAN BERSAMA ….
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. P erigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib.... Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak... Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. P as tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus mas uk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. P unyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang m ena ntinya di mulut perigi dan buaya yg m ena ntinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg m ena nti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus P utih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
1 minit untuk mengingati Allah
Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN
Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan
Step 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.
Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.
Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.
Result 3:
Dalam mas a satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita.

Keistimewaan awek?

1) Seronok (dpt fitnah)...
2) Seronok (dpt dosa)...
3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)...
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...
5) Byk habis duit (lebih baik guna utk b'sedekah)... tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung stp bulan...
6) Banyak risau (takut awek org lain kebas... berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating... tak pulak risau!)...
7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek... kita sbg muslim patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd bila-bila masa)...
Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia shj... .yg lain dah tak kisah.)...
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah... sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...
10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd saham PAHALA...

HoLiDaY dE gEnTiNg


Pada 13 Mei 2009,aku bersama rakan-rakanku seramai 10 org telah bercuti di Genting Highlands.Kami bertolak dari KL Sentral jam 9 pagi dan tiba di Awana Skyways pada jam 10 pagi.Kami telah telah menaiki Awana Skyways yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu 3.4 km untuk sampai ke puncak Genting Highlands.Sepanjang berada di sana,kami telah mencuba pelbagai permainan yang terdapat di Taman Tema Genting Dalam dan Luar.Kami mendapat pelbagai pengalaman baru sepanjang berada di sana dan percutian kami ini sangat menyeronokkan.Walaupun letih dan kesejukan sepanjang berada di sana,ia tidak menjadi penghalang kepada kami untuk mencuba segala permainan yang ada.Pada sebelah petang,kami agak kecewa kerana Taman Tema Luar Genting telah ditutup kerana cuaca yang tidak mengizinkan.Namun kami telah menggunakan masa yang ada untuk mencuba permainan di Taman Tema Dalam Genting.Kira-kira jam 7 malam,kami telah menaiki Awana Skyways untuk ke Stesen Bas Awana.Pada jam 8.30 malam,kami telah menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur dan tiba di KL Sentral pada jam 9.30 malam.Percutian ini amat menyeronokkan dan pada masa akan datang kami akan merancang percutian ke temapat menarik yang lain pulak.

Sunday, April 5, 2009

Gol Terbaik Dalam Sejarah

United kembali di puncak

RONALDO (kiri) melakukan sepakan lencong yang menerjah jaring Aston Villa dalam saingan EPL di Old Trafford, malam tadi. United menang 3-2.


Dua gol Ronaldo redakan ketegangan melanda Old Trafford

MANCHESTER: Kebangkitan lewat serba hebat dijelmakan Manchester United yang kembali merajai persada Liga Perdana Inggeris hasil kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa di Old Trafford, malam tadi.

Ketika keputusan seri tampak sudah hampir terjelma, penyerang muda berusia 17 tahun dari Itali, Federico Macheda, menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan buat United memadam badi dua kekalahan sebelumnya.


Ia membolehkan United kini memiliki 68 mata daripada 30 perlawanan - satu mata mengatasi Liverpool yang sudah beraksi lebih satu perlawanan.


United membuka tirai jaringan pada minit ke-13 apabila Cristiano Ronaldo menyempurnakan rembatan sepakan percuma yang cantik menerjah penjuru kanan gawang gol Villa menewaskan Brad Friedel.

John Carew memastikan kedudukan terikat pada minit ke-30 menerusi tandukan ke sasaran sebelum mengumpan buat Gabriel Agbonlahor menanduk masuk gol pendahuluan Villa pada minit ke-58. Ronaldo bagaimanapun melegakan tuan rumah dengan gol penyamaan, 10 minit sebelum tamat.

Gol kemenangan mereka terjelma pada masa kecederaan menerusi tindakan penyudah cantik Macheda yang sama sekali melepasi jangkauan Friedel.

Dalam satu lagi aksi Liga Perdana, semalam, penyerang Brazil, Jo menyumbat dua gol untuk memperkukuhkan harapan Everton layak ke kancah bola sepak Eropah, musim depan dengan kemenangan 4-0 ke atas Wigan.

Kejayaan itu adalah kemenangan terbesar bagi kelab Merseyside itu untuk kian menguatkan cengkaman di tangga keempat carta liga.

Jo membuka tirai jaringan pada minit ke-26 dengan rembatan paras rendah hasil umpanan Leon Osman dan menjaringkan satu lagi minit ke-51. Gol lain Everton diaringkan Marouane (m-47) dan Osman (m-61).


Friday, April 3, 2009

Najib angkat sumpah Perdana Menteri keenam

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Najib mengikut jejak allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976, apabila beliau meninggal dunia akibat leukemia.


Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Acara penuh istiadat itu bermula apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada jam 10.05 pagi.

Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada jam 10.10 pagi.

Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.

Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Sunday, March 29, 2009

Cinta Pertama

Saigo no kisu wa tabako no flavor ga shita
Nigakute setsunai kaori
Ashita no imagoro ni wa
Anata wa doko ni irundarou
Dare wo omotterundarou
maksudnya..."our last kiss carried the flavour of tobacco.it was a bitter and sad smell.about this time tomorrow.i wonder where will you be.who u will be thinking of.."
You are always gonna be my love
Itsuka darekato mata koi ni ochitemo
I'll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashi uta utaeru made
maksudnya.."You are always gonna be my love..even if i fall in love with someone else someday.I'll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one..now i still sing a sad love song..until i can sing a new song.."
Tachidomaru jikan ga
Ugoki dasouto shiteru
Wasureta kunai kotobakari
Ashita no imagoro niwa
Watashi wa kitto naiteru
Anatawo omotterundarou
maksudnya..."the moment in time that stood still..seems to be trying to move..but i don't want to forget anything..about this time tomorrow..i will definitely be crying..i'll probably be thinking of you.."
You will always be inside my heart
Itsumo anata dake no basho ga aru kara
I hope that I have a place in your heart too
Now and forever you are still the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashii uta utaeru made
maksudnya.."You will always be inside my heart..because there is always a place for you..I hope that I have a place in your heart too
Now and forever you are still the one..now i still sing a sad love song..until i can sing a new song.."
cinta itu terlalu indah dalam hati
pada yang punyai cinta yang tulus dari hati..ini liya tulis khas tuk kamu semua
salam cinta dari fairuz..assalamualaikum..
cintai lah sepenuh jiwa dan yakin lah yang cinta selalu ada dalam hati kita..jumpa lagi..

Wednesday, March 25, 2009

Ceriakan hari anda...

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.


KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak
kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.


SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer
.


MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.


TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".


DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya
di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut...."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s

Penuhi hari anda dgn senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Tuesday, March 24, 2009

Keluarga aku...

ini la keluarga aku yang tercinta......aku mempunyai 6 orang adik-beradik......aku merupakan anak ke-5......

Monday, March 23, 2009

Assalamualaikum......

selamat datang ke blog saya.